Piagam Pelanggan

"Merancang dan menyediakan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang profesional bagi menyelamatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar serta meningkatkan tahap keselamatan kebakaran dan kesedaran awam."

Dengan itu kami berjanji akan:

  • Mengeluarkan jentera bomba pertama ke tempat kecemasan dalam tempoh 60 saat dari mula loceng dibunyikan.
  • Menyiapkan laporan kebakaran dalam tempoh empat belas (14) hari selepas menerima semua maklumat dan dokumen yang diperlukan dari pemohon.
  • Mengeluarkan perakuan pelan teknikal dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan yang lengkap.
  • Mengeluarkan surat pelepasan/sokongan menduduki bangunan (CCC/CFO) dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh pemeriksaan dengan syarat semua pepasangan keselamatan kebakaran telah diuji baik dan disempurnakan.
  • Memproses permohonan sokongan lesen perniagaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan yang lengkap.
  • Mengeluarkan Sijil Perakuan Bomba dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh pembayaran fi dibuat.
  • Memproses permohonan Sijil Perakuan Bahan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan yang lengkap.
  • Mengeluarkan Notis Penghapusan Bahaya Kebakaran dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh pemeriksaan dibuat sekiranya terdapat bahaya kebakaran.
  • Melengkapkan kertas penyiasatan kebakaran dalam tempoh dua puluh satu (21) hari selepas penyiasatan kebakaran dimulakan.
  • Menyiapkan kertas siasatan perlanggaran kesalahan berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh aduan diterima.